Tuesday, 28 February 2012

Scotoma


“The mind sees what it chooses to see”.

Kecendurungan manusia. Semestinya untuk memenuhi nafsunya. Datanglah hati yang memahami hakikat kehambaan untuk menghalang dan jika akalnya kreatif, maka disalurkan ‘nikmat’ keinginan itu pada melalui jalan yang benar.

Melihat alam dari pandangan mata yang tidak memahami hakikat kehambaan. Hamba, sepatutnya sangat patuh pada tuannya, walau tuannya tidak melengkapi keperluannya. Dia tetap akan berkhidmat untuk tuannya. Jadi layakkah, aku dan kamu memanggil diri sebagai “hamba Allah”, tuhan yang maha adil lagi saksama? Malahan sebenarnya, keperluan kamu semestinya akan dipenuhi, cuma bila masanya, ketentuan itu milik Dia bukan?

Jikalau pandangan itu telah dihalang dek kerana kurangnya ilmu untuk memahami tujuan kewujudan diri, masakan dapat pandang itu melihat kebenaran. Ia hanya akan terus melihat segala sesuatu menurut keinginan nafsunya yang tidak dibatasi. Moga-moga aku dan kamu terus mencari walau kadang-kadang terhadang usaha itu dengan dugaan.

0 comments:

Post a Comment